//Welcome to my bloggie . . .
//Welcome!



Assalamualaikum . Welcome to my territory ! Nor Suhana Binti Abidin | 24 Tahun | Pahang
Like my blog ? click Here
Choose Your Background

Tooltips BG 1 Tooltips BG 2 Tooltips BG 3 Tooltips BG 4 Tooltips BG 5 Tooltips BG 6

STORY AUTHOR LOVE

Leave Your Text !


MY FRIENDS

BLOG ARCHIVE



Big Claps!


Template By : Sya Fiqa
Edited By : Honeysue



GADUH DENGAN ADIK BERADIK

Assalamualaikum . .

Okey , hai korang .? sihat .? Act , hari nie buat kerja semua dengan mood yang tak berapa stabil . So , kalau ade orang yang tetbe buat kelakar bodoh tu jangan tanya kenapa kena maki . Refer to above subject , hmmm . . . . mesti korang pun PERNAH bergaduh dengan adik beradik korang , cuma timing je la lama atau sekejap . Orang tua-tua cakap biasa la tu gaduh adik beradik , tak lame pun . Nanti baik semula . For me la , siapa je yang nak bergaduh dengan darah daging sendiri . NO ONE la . . . Atas certain2 case je yang boleh jadi punca gaduh . So , in my case . Aku ada seorang adik lelaki yang umur 18 tahun . Nauzubillah perangai budak-budak sekarang . Susah nak tegur . Tak makan saman . Dan adik aku nie pulak sejenis manusia yang apa-apa lebihkan kawan dari family . Cakap kawan je dia nak dengar , cakap family sendiri dia melawan , dengar tak dengar . Adik aku nie jenis yang tak kedekut kalau dia ada banyak duit , tolong je family kalau mintak buatkan ape-ape . Cumanya dia sejenis yang tak boleh orang tegur ape yang dia nak buat . Dia nak bebas . Sekarang dia duduk dengan aku dekat kuantan , suruh dia cari kerja dekat sini dengan harapan dia berubah la sikit perangai tu . Tak mintak berubah semua , at least senangkan sikit hati mak ayah , abang kakak . Tapi , kes semalam aku yang jadi makan hati . Dia kerja hotel dekat Galing bahagia FO . Semalam shift dia pukol 11 malam . Petang tu dia sibuk keluar lepak dengan kawan-kawan dia sampailah ke malam . Dalam pukol 8 lebih aku whatsaap dia suruh balik , sebab nak suruh dia makan , siap-siap diri dulu nanti boleh masuk kerja awal sikit , tak rushing , tak lambat thumprint . Tapi dia taknak balik lagi . Aku tanya la , "tak puas-puas lagi ke keluar jumpe membe tu , tiap hari keluar .? , dia menjawab "tak" . Then dengan hati yang panas aku pun cakap " bungkus semua kain baju kau , keluar terus tak payah balik-balik dah , sampai tak boleh lekat dekat rumah langsung " , then dia reply " 👀 " . Means dia baca je apa yang aku tulis tu .


Pukol 10 , aku whatsaap dia lagi tanya "tak boleh balik lagi ke ?" , dia read je dan aku call dia tak angkat . Aku suruh mak aku yang call suruh dia balik , siap pergi kerja . Rupanya dia cakap dekat mak aku dia malas nak pergi kerja , aku halau dia keluar dari rumah tu , dia terase . Dia nak aku mintak maaf dekat dia . Eh , WTF la ! . Aku kakak kot . Aku punya la jage dia , sayang dia , masak makan dekat dia , jaga waktu dia nak masuk kerja taknak bagi dia masuk lambat , gerak dia pergi kerja pagi-pagi walaupun ganggu tidur aku time cuti . Aku tak pernah ungkit pun . Kadang aku masak , aku sorang yang makan , dia makan kat luar . Ingat aku tak terase ke semua tu .?

Sekarang mak jadi orang tengah antara kitorang , mak mintak aku mengalah sebab aku kakak . Aku cakap okey . Kalau dia terasa dengan ayat aku , aku mintak maaf , aku tak de niat . Aku just mintak dia balik prepare awal nak pergi kerja je . Kalau cara aku menjaga dia tu silap , tak betul . Sokey la , aku pun dah makan hati . Lepas nie , dia buat la ape yang dia suke . Dia nak keluar pergi mana pun suke hati dia la , nak balik rumah atau tak pun pandai dia la . Aku tak halau , cume aku dah malas nak amek tau . Sebab apa yang kita buat , semua tak betul dekat mata dia .

Jujur , adik aku kuat memberontak . Tak boleh orang tegur apa langsung , semua kita balik yang silap . Baik mak ayah sendiri yang tegur pun, dia buat tak tahu je . Bukan nak buka pekung di dada . Cuma ntah la , tak tahu nak buat macam mane dah dengan adik aku sorang tu . Mak ayah sampai pergi jumpe orang yang pandai berubat , mintak air penawar bagi hilang degil , bagi dengar cakap . Tapi tak jadi ape . Doa pun dah puas doa . Nasihat tak payah dah la , dia lebih pandai bercakap dari kita .

Sumpah aku menangis semalam , sebab aku rasa aku failed jadi kakak yang baik . Kadang-kadang Give up dah jadi kakak . Sekarang aku tak tahu la macam mana antara kitorang . Dia cakap dekat mak semalam , dia balik hantar motor aku , then nak pack baju dia keluar dari rumah aku . Tapi pagi tadi aku bangun nak pergi kerja , ade je motor dia , dan dia pun ada je dalam bilik . Tak jadi nak keluar lah kot .

Mind set budak sekarang , enjoy ! Kawan Utama ! Family no 2 . Family nie pakai time nak duit , time susah je . i cannot brain la . Kenapa la susah sangat nak brainwash kepala otak seorang budak bernama hakimie nie . Please korang doakan yang terbaik untuk adik aku .



" Thursday, 10 January 2019 " 13 BAWANG{S}
Blogger Carly Fifie said...

saya faham perasaan awak. Bukan senang nak jaga adik, apalagi kalau yang kuat memberontak. Harap adik awak dapat sedar kesilapan dia dan berubah

 
Blogger Suhana Abidin said...

tq carly , dah berapa hari dah duduk serumah tapi tak bertegur . hmm , rindu nak baik macam dulu . tapi ntah la , saya nak dia sedar salah dia dulu . . .

 
Blogger Mohd Syarizwan Mat Jenon said...

biasa la tu.. sbb tu ada pepeatah air dicincang takkan putus..

 
Blogger Suhana Abidin said...

tq syarizwan .

 
Blogger Gen Y girl said...

Dear you, I understand what you feel right now. Because saya pun mengalami situasi yang lebih kurang macam awak. Sedih.... Mum and dad are getting old, tapi dia pantang ditegur. mesti akan salahkan kita balik. contoh "alah macam la kau tu betul sangat" betul betul sedih

 
Blogger Suhana Abidin said...

Gen y girl : kan .? terase hati sangat . tapi yang kita boleh buat mengalah je . tapi sampai bila nak biar perangai dia macam tu . once tengok dia menjawab cakap mak ayah , saya yang rasa sebak tu . saya yang rase berdose tu .

 
Blogger Naja said...

Sama lah dengan adik aku. Lagi teruk tak pernah buat kerja rumah. Lagi disuruh lagi dia taknak buat. Ayah yang garang gila tu pun dia tak dengar. Janji macam2 satu haram tak buat. Kita pulak rasa berdosa tengok dia melawan. Generasi skrg ni entahlah

 
Blogger Suhana Abidin said...

Naja : adik perempuan ye .? Hmmm , memang pun . ayah aku garang gile kot . ktorang adik beradik yang lain tak berani nak melawan , tapi adik rilex je . taktau nak cakap ape .

 
Blogger Siti Yang Menaip said...

ni dugaan ada adik beradik. tapi manisnya tetap ada kan.. sabar dan insyallah semua baik2
saja =)

 
Blogger Suhana Abidin said...

insyaAllah , tq siti .

 
Blogger mamapp said...

Alahai begitulah .. walau apapun air divincang Takkan putus. Mama doakan semiga Ada penyelesaian bg masalah Ni ye

 
Blogger Suhana Abidin said...

mamapp : alhamdulillah sekarang dah bertegur . cume jadi janggal la . sebab dah besar nie gaduh bukan macam dulu-dulu . sekarang semua bende terase simpan dalam hati .

 
Blogger Insyirah A. said...

Ya Allah faham sangat. That last paragraph itu, haish memang tak boleh dinafikan. Mindset mcm itu.. ya Allah geramnyaa... Tapi itulah, maybe dorg ini tak matang lagi. Doa doakan lah dorg cepat matang :)

https://insyirahanorpiah.blogspot.com

 

Post a Comment